Nostalgia lampau. Lagu ini dikhaskan kepada Dato' Seri Samy Vellu Sangalimuthu yang dilahirkan pada 8 mac 1936. Beliau lebih dikenali sebagai Samy Vellu. Hayatilah lagu ini buat Dato' seri.
Begitu banyak lebuhraya
Ada retak dan tak rata
Tapi Menteri Kerja Raya
Bukanlah orang biasa
Projek projek yang berbeza
beri kontraktor yang sama
Ku tak ingin rakyat tahu
Tetapi mereka selalu bertanya
Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri Kerja Raya
Tak perlu dipaksa
Tak perlu ditanya
kerna ku yakin tiada jawabnya oohh...
Walau ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang tercedera
Tapi biarlah terkorban nyawa
Akan aku salahkan takdir nya
MRR2 keretakan
Pantai Timur tak rata
Utara Selatan runtuh
Hospital diserang kulat pula
Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri yang lama
Tak ingin berhenti
Tak ingin berganti
Peduli apa orang nak kata
Andai ku mahu repair semua
Ku beri kontraktor yang sama
Highway kan runtuh telah didugaJangan harap ku letak ..jawatan ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan