Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, slot drama bersiri "Ramadhan Terakhir" telah menampilkan isu-isu keagamaan dan budaya Islam di kalangan orang Melayu. Banyak nasihat dan sindiran halus yang dilontarkan kepada kita untuk menilai diri kita sendiri (Muhasabah), apakah kita ini lalai dan leka terhadap suruhan Allah S.W.T? apakah kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan kepada kita? Hanya kita sahaja yang mampu menjawabnya. Oleh itu, marilah kita sama-sama tingkatkan azam dan iltizam untuk mengerjakan amalan baik di sepanjang bulan Ramadhan umumnya dan setiap detik saat berlalu khususnya. Insya'allah...
JANGAN LUPA NAMAKU
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......
Lagu & lirik oleh : POMPA BENSIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan