Rabu, 3 Ogos 2011

DEMI MATAHARI - SNADA

Asal lirik lagu ini adalah dari Surah al-Syams (matahari). Ia adalah surah makkiyah yang mengandungi 15 ayat. Surah ini dinamakan al-syams kerana pada permulaan surah ini Allah S.W.T  bersumpah dengan matahari yang terang lagi menyinari seluruh ufuk di kala siang. Surah ini berkisar sekitar dua perbahasan utama iaitu:
  1. Allah S.W.T  bersumpah dengan ciptaan alam ini yang hebat samada di alam maya ataupun bumi, dan perantaraan untuk memikirkan kehebatan ini adalah jiwa manusia itu sendiri. Manusia memainkan peranan penting dalam membersihkan jiwa dan membiasakan dengan akhlak mulia supaya ia berjaya dan terselamat. Sekiranya manusia cuai dan membiarkan jiwanya mengikuti nafsunya maka ia akan rugi.
  2.  
  3. Yang keduanya ialah Allah s.w.t. menampilkan contoh dalam hal ini dengan kaum thamud, iaitu kaum yang membiarkan jiwa mereka kotor. Mereka cuai mengasuhnya (jiwa mereka). Mereka menurut kemahuan nafsu yang bermaharajalela. Akibatnya mereka ditimpa oleh hukuman-hukuman Allah yang keras dan Allah membinasakan mereka didunia ini lagi.
Marilah kita sama-sama menghayati dan menikmati lagu ini yang disampaikan oleh kumpulan Snada.

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
 
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
 
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
 
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

(surah Al-Syams ayat 1-10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan